Jerawat makin banyak pakai Mary Kay

Click here for English version


Jerawat keluar lepas pakai Mary Kay. Ramai pengguna produk penjagaan wajah Mary Kay akan berkata sedemikian di awal penggunaan. Ya, saya pun sama! Artikel ini ditulis pada 3 Julai 2017. Saya pengguna treatment set seperti berikut:

-Botanical Effects Cleanse Formula 1 - Dua bulan
-Oil-Free Hydrating Gel (OFHG) - Satu bulan
-Botanical Effects Mask Formula 3 - Tiga minggu (tiap selang dua/tiga hari)
-Liquid Foundation Matte-wear - baru 2-3 kali guna sebab saya tak keluar rumah

Jerawat masih muncul. Tapi tak mengapalah. Sebab saya duk rumah aje tak jumpa orang, cuti lama...hehe. Ini adalah dikatakan 'healing crisis' atau krisis penyembuhan. Tengok lah gambar  paling kiri tu diambil pada hari pertama penggunaan.


 Jika anda mengalami masalah yang sama, JANGAN RISAU !

PROSES PENYEMBUHAN
Katanya ada empat peringkat:

RELEASE (singkir- semua toksin keluar melalui jerawat)
RELAX (Rehat - kulit mula rehat katanya sebab dah letih buang toksin)
REVIVE (Pulih - sel-sel kulit  yang rosak dan mati mula dibaiki)
RENEW (Ganti - sel-sel kulit yang baru akan muncul)

Jadi, mungkin saya masih di tahap pertama iaitu SINGKIR semua toksin dan kimia yang tersimpan dalam kulit wajah saya akibat penggunaan pelbagai produk sebelum ini. Tempoh penyingkiran ini berbeza bergantung kepada sejarah penggunaan pelbagai produk kecantikan sebelum ini dan gaya hidup seharian, diet pemakanan dan faktor-faktor  lain seperti tahap kebersihan persekitaran dan diri.

PANTANG
Buat pengetahuan semua, saya berpantang  makanan laut yang bercengkerang, ikan bilis kering, telur (kalau ada dalam biskut ke roti makan je) dan daging mulai Januari 2017 untuk mengawal masalah resdung saya. Saya juga minum  air kosong yang banyak iaitu 3 Liter air sehari sebab ambil pemakanan tambahan, vitamin C dan E. Jadi, saya tak rasa jerawat ni semua sebab resdung saya kot. Kira ni betul-betul healing crisis guna set pemulihan Mary Kay la. InsyaAllah.

Walaupun saya menjaga pemakanan dan minum air banyak, faktor UTAMA yang melambatkan proses penyembuhan saya ialah gaya hidup yang tidak sihat iaitu  KURANG TIDUR MALAM. Saya jenis yang buat kerja malam depan laptop (menyiapkan kertas kerja dan penyelidikan). Maknanya pukul3-4 pagi baru nak tidur. Lepas subuh tidur semula kalau sempat. Kalau tidak, memang dikatakan KURANG TIDUR yang efektif. Tidur yang cukup memainkan peranan yang sangat besar dalam rutin penjagaan wajah!

PENGALAMAN SAYA
Al-kisahnya, sekarang (artikel ini ditulis pada: 3 Julai 2017) sudah/baru 2 bulan lebih la guna Mary Kay treatment set. Jerawat di dahi dulu masa bulan pertama ada 40 biji lebih. Ya, saya memang gigih mengira! Yang nanah, yang pori tertutup smua ada. Whitehead usah cakap la. Tapi sekarang ni tinggal 3 biji  jerawat yang merah meradang dekat-dekat, pastu yang lain dalam 10 biji jerawat jenis pori tertutup. Ok la kan?  Yang lama-lama tinggal parut hitam aje...tapi ok la tu saya berpuas hati la sebab dah hilang. Mau nak nanges bulan lepas sebab pergi kelas dahi penuh jerawat nanah. Tempek Liquid Foundation Matte-wear pun tak jadi wei kalo jerawat bonggol.


Cerita pasal pipi pula, masih naik lagi terutama di bahagian rahang. Sekarang ada kira-kira di rahang ada dalam 4 biji kiri, 6 biji kanan. Semua ni jerawat jenis merah meradang tanpa nanah. Yang jenis  jerawat batu nanah besar gila dah insaf selepas raya, diorang mengecut. Semua jerawat batu hanya naik kat pipi. Sabar je la. Jerawat-jerawat kecil putih jenis pori tertutup tu memang masih banyak tak terkira la. Saya pun tak perasan diorang masih naik atau dah tak naik yang baru dah. Sebab malas nak kira, amat banyak. Tengok sendiri la gambar ni.


CARA BANTU PEMULIHAN JERAWAT
Mulai bulan kedua penggunaan Mary Kay, saya selalu ada tempek OXY5 (RM12.60) kat jerawat-jerawat degil selepas *pelembap OFHG kering. Saya campur produk. Sebab benzoyl peroxide dikatakan tak ada kena mengena dengan produk yang kita pakai. Ia mematikan kuman akne dengan membebaskan oksigen dalam pori dan jadi keringlah. Boleh rujuk link ini untuk melihat bahawa Mary Kay juga ada produk Benzoyl Peroxide 5% sebelum ini dan untuk membaca ulasan produk *OXY5 ini secara lanjut.**mulai 14/8/2017 saya menggunakan Mary Kay Spot Solution (2% asid salicylic) dan tidak lagi menggunakan OXY5 selepas habis satu tiub.

PENDAPAT SAYA
Sebenarnya, BUKAN produk Mary Kay yang menyebabkan jerawat kita keluar dengan lebih banyak, tapi disebabkan SEJARAH penggunaan pelbagai produk kecantikan wajah kita sebelum ini. Lebih-lebih lagi yang tidak guna dengan betul dan sering bertukar-tukar produk/jenama. Tempoh  penyingkiran ini akan menjadi lebih lama kerana macam-macam kekotoran dan toksin termendap dalam kulit.  Maka apabila kita berhenti menggunakan produk lama tu dan mula guna Mary Kay, segala kekotoran itu akan keluar mendadak terutamanya sebagai jerawat. Produk Mary Kay adalah selamat digunakan oleh ibu mengandung dan orang berkulit sensitif (KECUALI sensitif yang khusus pada bahan kimia tertentu dan telah disahkan doktor).

Bagi saya,  produk  jenama apa sekalipun perlu cuba dan rasa sendiri dalam satu tempoh yang mencukupi. Bukan sehari dua cuba terus rasa sesuai atau tidak sesuai. Kerana ada dua kemungkin: (1) tindak balas positif, ATAU (2) tidak sesuai dengan kulit. Orang kata try and error secara berpada-pada. TAPI...Tuhan jadikan manusia pelbagai dengan jenis kulit yang pelbagai secara kritisnya.  Kita kena peka terhadap  tindakbalas ini. Berjumpalah dengan yang lebih pakar, jika keadaan semakin dirasakan teruk. Kemungkinan ia bukan tindakbalas positif, tetapi tindakbalas negatif yang memerlukan anda untuk berhenti penggunaan dan tukar kepada formula yang lain. Namun jika kita rasa yakin, teruskanlah penggunaan seperti saya. InsyaAllah nanti akan lebih elok. BIAR LAMBAT, ASALKAN SELAMAT.

SAYA SUKA! SAYA SUKA!

...KEEP CALM AND CARRY ON....

TEKAN SINI:
Produk-produk yang saya guna sebelum ni.
Senarai produk Mary Kay yang saya beli.


UPDATE pada 19 Ogos 2017:

Kepada pembaca yang tertanya-tanya dan juga yang telah menghubungi saya secara peribadi, berikut adalah perkembangan terbaharu saya untuk 'selepas 3 bulan penggunaan'. Saya masih di dalam fasa 'penyingkiran'. Nanti saya update pula di sini untuk perkembangan 'selepas 4 bulan penggunaan'.




PENAFIAN:
Saya tidak menjual produk ini. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Sila hubungi perunding kecantikan Mary Kay yang bertauliah untuk khidmat nasihat lanjut.


10 comments:

  1. norhasmiza: saya masih pakai dan kena teruskan sampai muka elok...hehe. Dah repeat order dh cleanser n pelembap best. Lain2 belum habis. nak masuk 4bulan dah skrg. Keep calm and carry on...hehe. Mary Kay katanya mmg lambat, tp selamat. So kna yakin, hihi.

    ReplyDelete
  2. Kalo selamat xper. bhn2 die botanik. Sis boley cadangkan beauty consultant MK x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact 0179157748. Sy bg special price ☺️

      Delete
  3. Muka saya pun naik jerawat. Sblm ni macam muka sis la. Jerawat kurang.tp lepas pakai, makin byk. Skrg dh nk masuk 3bulan. Muka sis dh bertambah okay?

    ReplyDelete
  4. Belum okay lagi. 27 Ogos ni masuk 4bulan. Tapi skang ni masih naik byk. baru je naik byk lagi besar2 ada nanah di rahang dan pipi. Tapi kat dahi dah mcm ok, cuma ada 3-4biji yang lama x sembuh lg. Parut mmg betul2 byk dah penuh satu muka. Sy tambah guna Spot Solution (krim jerawat) pula skang ni. tak guna OXY5 dah. Sy akan teruskan. Hopefully makin ok selepas 4bulan.

    ReplyDelete
  5. wah, special price tu!

    ReplyDelete
  6. camna kita nak tau tindakbalas ni pasal nak detox kekotoran ka atau mmg tak sesuai ngan kulit kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun x pasti... Tapi saya ada jumpa doktor sblm ni. Katanya kalau lama sgt tu, mungkin x sesuai. Cuma "lama" tu x pasti pula tempohnya. Saya terbaca blog doktor2 kulit, katanya dalam 4-5 bulan sahaja. Jgn lebih 6 bulan. Sepatutnya 6bulan tu kena semakin reda dh la, kembali mcm asal. Maksudnya dah berhenti keluar jerawat yang banyak2 yang xpernah kita alami tu. Begitulah. Mungkin Perunding kecantikan MK dapat bagi beri penjelasan lanjut.

      Delete
  7. sya gna timewise naik jrwat pasir hlus2 tu...huhu

    ReplyDelete