Jenis-jenis jerawat di muka

Click here for English version

Hai semua! Hari ni saya nak cerita tentang jenis-jenis jerawat akne, dengan contoh yang ada kat muka sendiri je. Terpaksa bertebal muka tak malu demi perkongsian ilmu. Saya mula jumpa balik segala jenis jerawat akne ni sejak guna Mary Kay mulai 27 April lalu (Boleh rujuk entry yang lepas). Sekarang saya masih dalam proses penyembuhan (healing process/crisis). Sebab tu la katanya, keluar segala spesies jerawat macam ni. Harap-harap proses keluar abis jerawat ni berhentilah. Kena sabar dan teruskan.


Jerawat akne terbahagi kepada dua kategori utama iaitu JERAWAT TANPA RADANG dan JERAWAT RADANG. Semua jenis jerawat yang saya nak cerita kejap lagi boleh berevolusi. Macam kalau main game, orang kata upgrade level la. Powernya makin hebat gitu. Daripada jerawat jenis tanpa radang, upgrade jadi jenis radang.

Jenis-jenis jerawat akne kat muka saya

JERAWAT TANPA RADANG

1-Jerawat pasir (Komedo putih/tertutup)

Ni memang paling famous la kat muka saya. Jerawat pasir ni namanya pun pasir. So jenis halus la tu. Tapi terbahagi kepada dua sebenarnya. Ada jerawat pasir halus dan jerawat pasir kasar. Macam gula juga la. Jerawat pasir ni dalam bahasa omputihnya dikenali sebagai whiteheads atau closed comodones. Maknanya jerawat yang jenis tertutup porinya. Jerawat jenis ni terjadi kerana minyak berlebihan (sebum) keluar dari liang pori tu dan tersumbat bersama-sama sel kulit mati dalam pori yang tak tertutup.


Jerawat pasir yang halus tu selalu saya jumpa kat kawasan hidung, bibir dan dagu. Jerawat pasir halus ni senang picit kan guna alat picit jerawat macam pencabut bulu kening tu…hehehe. Sebab dia kecik dan bila paksa pun, akan keluar juga sebum kat dalam tu melalui lubang pori yang tertutup tadi tanpa menyebabkan radang. Tapi kalau guna kuku yang ada kuman, kadang-kadang akan meradang juga.

Jerawat pasir kasar pula saya jumpa di seluruh muka. Sekarang ni memang penuh pipi la, rasa nak nanges. Jerawat pasir kasar ni tak boleh picit. Dia tak macam jerawat pasit halus. Lubang porinya kan memamg tertutup. Jadi kalau dipaksa picit keluar, memang jadi radang la. Dia bertukar kuasa menjadi jerawat jenis radang. Saya dah cuba picit dua ketul jerawat pasir kasar yang berjiran di kawasan dagu. Esoknya, diorang ni bergabung kuasa jadi seketul jerawat merah dan besar. Boleh rujuk gambar. Sampai sekarang dah sebulan duk ada lagi benjol kat situ. Penyesalan yang tidak bertepian…uhuk..uhuk.

2-Jerawat hitam (Komedo hitam/terbuka)

Ni yang kita panggil blackheads tu la. Benda alah ni femes kat muka masa sekolah menengah. Komedo hitam ni terkenal sebagai komedo terbuka iaitu jerawat pasir terbuka. Maknanya, macam jerawat pasir putih juga, dia terjadi sebab sebum dan kulit mati tersumbat dalam pori. Tetapi bezanya, pori dia terbuka. Maka kita boleh nampak la kekotoran kat dalam yang menghitam. Jerawat hitam ni rasanya pernah jumpa mana-mana aje kat muka. Kat kawasan hidung tu biasalah. Tapi pernah jumpa aje kat pipi. Cuma sekarang saya dah tak de lansung jerawat hitam ni sejak pasai Mary Kay, walaupun jerawat besar-besar duk naik lagi tak berhenti. Wah, ada juga benda baik sejak guna Mary Kay rupanya! Hahahaha…..betul la. Kena sabar. Baru nak masuk dua bulan je pun. Harap-harap healing crisis ni tak lama la…huhuhu.

JERAWAT RADANG

Jenis ni memang paling femes la naik kt muka orang. Biasanya benjolan merah dan bengkak. Kadang-kadang sakit, gatal ataupun tak de rasa apa-apa. Jerawat radang ni terjadi sebab kuman dan bakteria yang menyibuk dan menyerang pori kita yang tersumbat dengan sebum dan sel kulit mati tadi. Ada empat jenis jerawat radang ni:

1-Papules

Papules ni adalah jerawat biasa yang timbul kat kulit warna merah atau merah jambu tu. Jerawat ni terjadi sebab sebum dan sel kulit mati tersumbat juga, tapi jadi lagi teruk dan sakit sikit sebab tu warna jadi merah. Jerawat radang jenis papules ni bagi saya biasa lagi la sebab boleh tutup cela guna alas bedak (foundation) atau cc cream aje kan. Saya ada beli Mary Kay CC cream with SPF15. Sangat bagus la untuk tutup jerawat jenis ni. Tapi jerawat papules aje la!!!! Adoi…nak nanges. Tapi saya jarang guna cc cream ni sebab dalam proses penyembuhan, katanya tak elok guna krim muka yang mengandungi SPF. Saya memang dah lama tak keluar rumah, jadi memang tak mekap la kat rumah.


2-Pustules
Pustules ni pun femes juga kat muka saya sekarang daam proses penyembuhan ni. Adoi…nak nanges. Dia macam papules juga, tapi power level dia dah upgrade sikit jadi ada nanah yang sangat ketara. Biasanya sesetengah orang perempuan naik jerawat jenis pustules ni waktu datang bulan. Nanah tu ada kuning, ada putih…ikut kreativiti jerawat tu la. Saya paling tak suka jerawat jenis pustules ni la! Bayangkan nak basuh muka kena amat berhati-hati. Kalau pecah, keluar darah. Nak kena lap selalu sampailah darah kering. Lagi satu, jerawat jenis pustules ni benjol dia memang ketara walaupun kecik ke besar ke. Memang kena tutup cela guna alas bedak (foundation) yang tebal. Guna cc cream memang tak makan saman jerawat ni. Saya beli juga Mary Kay Foundation Matte-wear untuk kulit berminyak tu. Entahlah, memang baguslah untuk tutup warna jerawat ni tapi benjolan tu memang tak boleh nak tolong la…hahaha.


3-Nodules
Nodules ni pula kuasa dia lagi up daripada dua ketul papules dan pustules tadi. Jerawat batu la orang kata kan. Jerawat jenis nodules ni terhasil kat dalam kulit. Macam biasala, mana-mana jerawat pun terjadi sebab sebum dan kulit mati tersumbat dalam pori. Tapi yang ni jadi lagi teruk sebab kuman pergi serang kat situ dan meradang kat dalam pori tu. Benjol dia lagi besar dari popules. Sakit dia usah cakap la. Bergantung pada serangan kuman la…hehe. Katanya, jerawat ni tak de penawar tradisional kat rumah. Kena guna benzoil peroxide untuk matikan kuman kat dalam. Saya guna jenama ‘Regular Strength 5% OXY’ tu RM12.90, tapi tak menjadi pun. Ataupun lambat sangat dan saya yang cepat mengalah. Seminggu juga guna, ada juga tersengih lagi jerawat tu tak surut sikit pun. Tapi malas nak guna yang ‘Maximum Strength 10% OXY’ tu sebab malas beli. Pernah tempek campuran kayu manis cayenne dan madu mentah asli tiap-tiap malam selama 3 hari tapi tak jalan juga. Sebab malas dah buat hari keempat..hehe. Pasrah. 
Jadi biasanya, saya biar aje la jerawat ni, sambal-sambil sapu benzoil peroxide tadi malam-malam kalau rajin. Biasanya malas. Tapi sekarang ni saya ikut rutin biasa Mary Kay aje la dengan sapu Oil-free Hydrating Gel (OFHG) sebagai moisturizer. Memang selama 24jam ada kat muka saya buat masa ni. Bila hilang ke tersapu ke saya letak semula seluruh muka. Memang saya tak jimat la sekarang ni. Guna OFHG ni tak sampai sebulan pun lagi. Jadi tak tahu la keberkesanannya lagi. Katanya boleh kecutkan jerawat. Tak pe la daripada letak benzoil peroxide pun tak surut-surut jugak.

Dengan kata lain, saya biarkan aje la jerawat jenis nodules ni. Suka hati engkau la! Sebab biasanya selepas dua minggu, saiz dia surut la walaupun merah tu masih ada. Pastu, dia ambik masa dua minggu lagi untuk hilang betul-betul dan tinggalkan parut gelap ke ungu. Saya pernah cuba Bio-oil letak kat jerawat nodules yang dah sembuh. Esoknya jerawat naik balik. Lepas tu saya tak guna dah la Bio-oil kat muka. Mungkin tak sesuai ngan kulit muka saya sebab minyak lagi tersumbat.

4-Cysts
Jerawat jenis cysts ni pula memang jerawat batu paling besar la orang kata. Paling sakit juga bagi saya la. Jerawat jenis cysts ni terbentuk lagi dalam lagi daripada jerawat batu nodules. Jerawat ni pun terjadi sebab pembiakan kuman dan bakteria dalam liang pori yang tersumbat. Cuma yang ni susah nak sembuh atau diubati melalui luaran kerana dia duk dalam lapisan kulit yang dalam. Biasanya memang parut pun hebat juga yang ni. Saya layan yang ni sama aje macam jerawat nodules. Pandai-pandai engkau la sembuh cepat-cepat sendiri!


Sebenarnya ada lagi beberapa jenis jerawat yang bukan akne. Selalu disalah anggap sebagai jerawat akne. Diorang ni rupanya lebih kurang sama aje ngan jerawat biasa, contohnya:

-Folliculitis 
-Milia/oil seeds (biji minyak)

Korang boleh klik kat link ni kalau nak tahu pasal dua benda alah ni kalau berminat.

Jumpa lagi!!!

Source of information:
www.healthline.com
www.maskeralami.net
http://jaitun.blogspot.com
http://jerawatsih.blogspot.my

4 comments:

  1. Mama dh folo ninie ye.. jerawat disebabkanbl resdung pn Ada kan

    ReplyDelete
  2. Majoriti di dahi CCL betapak jerawat pasir ..

    ReplyDelete
  3. tabahlaa gegurls nak kulit floless.. mmg kadang2 bila jerawat tu mai adeh stress..

    ReplyDelete