Product Review: OXY5 Benzoyl Peroxide

Click here for English language version

Kali ni (pada 30 Julai 2017), saya nak cerita tentang produk untuk merawat jerawat dengan cara sapuan pada tempat bermasalah.

OXY5 Acne Pimple Medication (Regular)

Produk tersebut  ialah OXY5 Benzoyl Peroxide Regular yang saya gunakan sekarang. Ini adalah rupa bentuk kotak OXY5 Benzoyl Peroxide Regular untuk jerawat biasa. Tapi saya guna untuk jerawat batu. Saya beli di farmasi biasa kat pekan terdekat aje pada harga RM12.60. Sangat murah!
Jika anda mengikuti kisah saya sebelum ni (sedang mencuba produk Mary Kay untuk memulihkan muka yang sering naik jerawat ni), anda mesti tahu yang saya sedang mengalami krisis penyembuhan (healing crisis) yang menyebabkan jerawat lebih banyak keluar. Jadi, mulai bulan kedua penggunaan Mary Kay, saya mula tempek OXY5 Regular ni kat jerawat-jerawat degil selepas basuh muka bersih-bersih dan sapu pelembap. Pelembap yang saya gunakan adalah Mary Kay Oil-Free Hydrating Gel (OFHG). Bagi kulit saya, wajib sapu pelembap dulu pada muka dan biarkan kering seketika. Barulah boleh tempek si OXY5 ni di jerawat-jerawat tu untuk elak daripada kering melampau dan mengelakkankesan PARUT juga. Kulit yang mempunyai kelembapan yang ideal boleh kurangkan risiko parut hitam dan mempercepatkan proses parut hilang nanti.

Seminggu pertama guna OXY5 ni saya mula rasa bosan, tiada perubahan. Malah ada jerawat yang jadi makin besar meradang. Saya pun berhenti penggunaan selama seminggu juga. Selepas baca ulasan produk di blog-blog pengguna lain, ramai juga yang kata berkesan dengan kulit mereka. Saya pun cuba lagi sekali. Wah, ada perubahan selepas beberapa hari! Rupanya, saya baca, benzoyl peroxide ni biasanya amik masa 48 jam untuk bunuh bakteria akne tu. Benzoyl peroxide tidak membunuh kuman secara langsung, tetapi membebaskan oksigen atau "makanan kuman" lalu kuman tu pun mati. Maknanya, selepas 48 jam atau 2 hari tu, baru lah jerawat mula mengecut apabila bakteria mati.

Yang paling bagusnya, bila letak OXY5 kat jerawat-jerawat putih tak bermata macam gambar bawah ni, lama-lama dia membengkak dulu dan jadi ada mata tiba-tiba (pori terbuka). Pastu lama-lama sembuh. Dua tiga hari juga la ambik masa setiap perubahan tu. Pastu tinggal parut la....adoi, pasrah. Tapi lama-lama (seminggu) parut tu pun mula pudar.

Tetapi, sapuan perlu diteruskan pada hari ketiga dan keempat juga untukmengelakkan daripada bakteria akne lain datang. Bila jerawat tu dah betul-betul kering, baru boleh berhenti sapuan dan proses pemulihan jerawat akan berlaku secara semulajadi. Bagi kes yang lepas sapu tu jerawat jadi makin besar dan meradang, itu normal. Fungsi benzoyl peroxide juga untuk meradangkan jerawat, supaya cepat prosesnya yang kita panggil pecah, tua, masak, matang dan sebagainya tu. Jadi, bagi sesetengah jerawat, dia akan jadi lagi teruk atau 'radang' dulu barulah dia pulih.

RUTIN SAYA:
Bagi saya, lambat juga nak nampak kesan OXY 5% ni tetapi berkesan jika guna hari-hari. Bukan jenis tempek malam ni, esok terus hilang la. Harga pun murah kan. Tapi agak berkesan la jika penggunaan konsisten dan patuh arahan. Ini adalah rutin penggunaan OXY% yang saya amalkan:

1) Basuh muka dengan pencuci muka dan lap sampai kering.
2) Sapu pelembap pada seluruh muka terutama kawasan jerawat
3) Sapu losyen OXY5 ni pada semua jerawat yang ada. Saya sapu semua jenis jerawat, kecuali pada blackheads dan whiteheads kecik-kecik tu sebab tak nak keringkan muka. Kalau sapu kat whiteheads kecik dan blackheads jadi macam sapu seluruh muka la pulak, sebab banyak beribu-ribu kan!
4) Saya hanya guna OXY5 pada awal pagi selepas rutin cuci muka pagi, sebab saya jarang keluar rumah. Kalau nak keluar, saya sapu nipis sahaja dan pastu pakai foundation dan bedak. Tiada masalah jika OXY5 tu hanya dioles nipis.
5) Pada malam hari selepas isyak atau sebelum tidur, saya ulang semua langkah di atas. Kiranya saya guna dua kali sehari. 
6) JANGAN TERLEBIH GUNA atau overdose. Ikut arahan!

APA JADI KALAU OVERDOSED???
Saya pernah overdose selama seminggu. Habis muka kering menggelupas (pipi dan dagu) dan ada tompokan merah pada kawasan kejiranan jerawat. Sebab saya sapu 24jam kat muka. Asal basuh muka lepas solat, saya sapu OXY5. Memang selalu ada tompokan putih losyen OXY5 pada muka la kiranya. Memang OVERDOSE la! Lepas jadi macam ni, saya hentikan penggunaan sampai kulit elok semula dalam 4-5 hari juga la. Masa ni saya lebihkan letak pelembap pada tempat kering menggelupas tu. Bila dah baik, saya sambung guna OXY5 sehingga sehingga sekarang dengan peraturan yang betul..hehehe.

Ada kawan cadangkan guna T3 Mycin. Antibiotik luaran untuk sapu pada jerawat. Sangat berkesan! Sila baca di entry berikut: T3 Mycin

Jadi  sekarang saya hanya guna je OXY 5% je selalu. Pada harga yang sangat murah, OXY5 sangat berkesan untuk kulit saya!! Anda pula bagaimana?



**** TAK PERLU BACA DAH ****
Sambungan artikel ini adalah sesuai untuk dibaca oleh pengguna produk Mary Kay sahaja

PEMBERITAHUAN:
Saya tidak menjual produk Mary Kay. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Sila hubungi perunding kecantikan Mary Kay yang bertauliah untuk khidmat nasihat lanjut. Kalau nak saya cadangkan beberapa perunding kecantikan yang saya kenal dan komited, boleh hubungi saya. Nanti saya bagi nombor telefon mereka.

Ramai yang bertanya, "Eh, awak ada guna produk lain juga semasa guna produk Mary Kay?". Ya, saya campur produk. Sebab benzoyl peroxide hanyalah "over-the-counter-drug". Ia dikatakan tiada kena mengena dengan produk yang kita pakai. Ia mematikan kuman akne dengan membebaskan oksigen dalam pori dan menjadikan iritasi kepada bakteria tersebut lalu dia mati. Ia juga mengeringkan kulit dan mempercepat proses pengelupasan supaya jerawat cepat sembuh. Sebab tu kita kena guna pelembap dulu sebelum sapu benzoyl peroxide ni.

Bagi kulit saya, setakat ini tiada masalah pun saya guna OXY5 bersama-sama produk Mary Kay. Sebab saya guna OXY5 tu bersama-sama pelembap (Oil-Free Hydrating Gel) yang melembapkan kulit dengan cara mengawal/menyeimbangkan pengeluaran minyak semulajadi. Lagi cepat jerawat nanah sembuh.

Malah, Mary Kay pun ada Benzoyl Peroxide 5% dalam siri Clearproof lama 2014 yang tidak dipasarkan di Malaysia, dipanggil Clearproof Acne Treatment Gel Benzoyl Peroxide 5%Tapi buat apa beli mahal-mahal dekat RM85 bila tukar matawang Malaysia. Ada perunding kecantikan Mary Kay Malaysia sendiri tidak tahu akan kewujudan produk ini di pasaran sejak 2014 di UK, Nigeria dan lain-lain negara. Di USA sendiri mungkin lebih awal daripada 2014 pasarannya, saya tak pasti. Saya pernah tengok kawan saya guna di UK, tetapi tiada di Malaysia. Pada masa yang sama, siri Acne Treatment hitam putih yang biasa dijual di Malaysia pada waktu itu juga ada dijual di sana. Dalam siri hitam putih tu, ubat jerawat dipanggil Spot Solution dengan bahan aktif 2% asid salisilik. Tapi kini yang siri hitam putih tu sudah discontinued.

Sekarang (mulai Julai 2017) Mary Kay dah keluarkan siri Clearproof terbaru 2017 untuk tempek kat jerawat yang juga dipanggil Clearproof Spot Solution 2% Salicylic Acid yang mengandungi bahan aktif utama 2% asid salisilik pada harga RM65.00 (29g). Jadi, dalam siri ini, Mary Kay menggunakan semula formula Spot Solution dalam siri hitam putih lama tu menjadi item terbaru dalam Clearproof 2017 menggantikan Clearproof Acne Treatment Gel Benzoyl Peroxide 5% yang lama dalam Clearproof 2014 dalam pasaran luar negara.
Buat masa ni, saya kan dah beli OXY5 yang amat murah ni dan masa beli tu, Mary Kay Clearproof Spot Solution yang baru (gambar di atas) belum ada di pasaran lagi sehinggalah 1 Julai 2017. Saya baru sahaja order satu pada 12 Julai 2017 daripada perunding kecantikan saya dan mungkin sampai bulan Ogos nanti. Saya akan buat ulasan produk untuk Clearproof Spot Solution 2% Salicylic Acid pula nanti. 

Jadi  sekarang saya hanya guna je OXY 5% je selalu. Pada harga yang sangat murah, OXY5 sangat berkesan untuk kulit saya!! Anda pula bagaimana?

Tukar formula cleanser Mary Kay Botanical Effects kering kepada normal

Hari ni 27 Julai 2017 adalah genap tiga bulan saya munggunakan Mary Kay Botanical Effects Cleanse.

PEMBERITAHUAN:
Saya tidak menjual produk ini. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Sila hubungi perunding kecantikan Mary Kay yang bertauliah untuk khidmat nasihat lanjut.

Mary Kay Botanical Effects adalah salah satu siri penjagaan wajah Mary Kay. Terdapat 3 formula dalam siri ini iaitu Formula 1 untuk kulit kering dan sensitif kemerahan, Formula 2 untuk kulit normal dan kombinasi serta Formula 3 untuk kulit berminyak. Siri ini menggunakan bahan botani (tumbuh-tumbuhan) sebagai asas. Sila rujuk gambar berikut. **Untuk keterangan lanjut tentang siri ini, boleh klik link ini.

Harga: RM72 - 113g / 4OZ

Buat pengetahuan anda, mula-mula saya guna pencuci muka BE Formula 1 pada  27 April 2017. Setelah hampir habis satu tiub BE F1 Cleanse (untuk kulit kering), saya mula mencuba BE F2 Cleanse (untuk Kulit normal/kombinasi) pula pada 9 Julai 2017. ALHAMDULILLAH, hari ni baru 19 hari saya bertukar kepada BE F2 Cleanser. Ia baik-baik sahaja dan sesuai juga untuk saya. Tiada tindakbalas negatif seperti gatal-gatal, ruam dan sebagainya.

TEKSTUR: Kedua-dua pencuci muka Formula 1 dan 2 tidak mempunyai buih. Teksturnya seperti losyen atau krim putih. Tekstur pencuci muka BE Formula 1 lebih seperti krim putih yang padat, berkrim dan berwarna putih pudar, MANAKALA tekstur pencuci muka BE Formula 2 adalah seperti krim putih yang amat cair, tidak berkrim langsung dan berwarna putih terang. Bagi saya, kalau dibandingkan tekstur keduanya, saya lebih suka tekstur BE Formula 1 kerana lebih padat dan berkrim. Tekstur BE Formula 2 yang lebih cair itu seperti air yang mengandungi kapur kerana tidak berkrim. Ia terus cair di tangan yang basah sebelum sempat saya sapu pada muka!

Awal-awal dulu saya diberi Botanical Effects F1 Cleanser oleh beauty consultant saya sebab muka saya ada kering sekitar bibir kan pernah pakai produk tempatan sabun tu banyak buih, dan tak pakai pelembap pula tu. Lagipun kulit saya jenis yang sensitif sejak lahir. Jadi dengan izin Yang Maha Kuasa, BE F1 Cleanser betul-betul ajaib untuk beri kelembapan pada kulit saya sebab selepas seminggu guna je, terus hilang tempat kering menggelupas tu. Masa ni saya hanya guna BE F1 cleanser semata-mata tanpa apa-apa pelembap lagi selama sebulan.


Selepas sebulan, saya tambah pelembap pula dalam rutin harian iaitu Oil-free Hydrating Gel (OFHG) yang baik untuk mengawal pengeluaran minyak dan beri kelembapan selama 10 jam untuk orang kulit normal dan berminyak. BE Formula 1 Cleanser pula dianggap paling lembut dan khas untuk kulit sensitif dan kering dengan memberikan kelembapan juga. Sebab tu saya rasa jadi terlebih melembapkan pula. Sebab tu saya tukar kepada BE Formula 2 Cleanser untuk kulit kombinasi/normal pula. Berikut adalah jadual fungsi ketiga-tiga formula dalam siri Botanical Effects ini dan bahan botani asas yang terkandung:


Memang ketiga-tiga formula produk Mary Kay Botanical Effects ni adalah dicipta untuk kulit sensitif dan terbukti dikaji oleh pakar kulit. Jadi, sebab tu saya berani cuba BE F2 Cleanse pula selepas hampir habis 1 tiub BE F1 Cleanse. Alhamdulillah, pilihan saya TEPAT. Saya masih simpan BE F1 Cleanse yang ada lebih (cukup untuk 15-20hari lagi) untuk kegunaan masa akan datang kot-kot kulit kembali kering.

Sebenarnya,  kebetulan rezeki, BE F2 Cleanse yang baru saya beli ni kawan saya jual kepada saya dengan harga murah, dia baru guna seminggu dan tak nak guna dah sebab tak tahan dengan healing crisis. Saya beli dengan harga RM60 untuk Cleanse (cleanser) dan Freshen (toner)! Murah kan? Kalau beli baru, dua item ni dah RM144.  Saya saja beli sebab murah dan sekadar untuk percubaan. Lepas saya rasa sesuai, saya beli pula satu set lengkap Botanical Effects Formula 2 daripada perunding kecantikan Mary Kay. Set lengkap ini mempunyai Cleanse (pencuci muka), Mask (topeng wajah), Hydrate (pelembap) dan Freshen (penyegar/toner). seperti gambar di bawah. Satu set ini berjumlah RM314.


Saya tukar daripada BE F1 Cleanse kepada BE F2 Cleanse sebab saya tak nak cuba BE F3 Cleanser (untuk kulit berminyak) kerana Formula 3 biasanya dikhaskan untuk kulit yang terlampau berminyak dan kebiasaanya berjerawat penuh satu muka dan bukan berjerawat jarak jarang-jarang.`


TEMPOH PENGGUNAAN SATU TIUB: Bagi saya, satu tiub ni tahan 3 bulan untuk pengguna yang biasa macam saya yang kadang-kadang picit banyak, kadang-kadang picit sikit. Saya guna guna tidak lebih 4 kali sehari iaitu dua kali sehari pagi dan malam (wajib) dan bila perlu (selain waktu pagi dan malam).

Buat pengetahuan semua, Botanical Effects ni juga ada siri baru iaitu Botanical Effects Evolution dengan ekstrak aloe vera dan buah naga. Siri ini dikatakan lebih sesuai digunakan oleh remaja seawal umur 12 tahun hingga 20-an sahaja atau mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah kulit wajah. Kalau anda baca komen-komen pengguna siri ini, ramai yang beri komen negatif kerana tidak sesuai untuk mereka yang berumur 25 ke atas atau yang mempunyai masalah kulit sensitif, rosak, nipis dan lain-lain. Jadi, orang yang berumur hampir 30-an yang memang pernah cuba segala spesies sabun dan krim muka macam saya ni memang tak sesuailah.


Saya dah cuba juga trial sachet yang beauty consultant saya bagi, sebab dia nak cadangkan saya beli cleanser tu selepas habis BE F1 ni, JIKA sesuai. Pencuci muka dalam siri ni diberi nama BE Evo Cleansing Gel, berbuih dan berbau harum. Pengalaman saya, bila cuci muka guna yang ni, muka saya terus gatal-gatal. Dah tiga kali guna. Jadi macam kena gigit nyamuk di banyak bahagian muka. Jerawat-jerawat semua jadi merah...huhu. Tapi sekejap saja, tidaklah melarat sehingga esoknya.

Walaupun
 ada antara pencuci muka Mary Kay yang jenis berbuih (foaming cleanser), buihnya sedikit dan selamat. Bukan buih SLS yang dikatakan boleh mengganggu sistem pengeluaran minyak semulajadi kulit tu. Kulit muka saya ni masih sensitif terlebih dan masih dalam pemulihan, jadi saya tidak sesuai menggunakan Cleansing Gel Botanical Effects Evolution yang comel ini.


Kesimpulannya, kulit kita ni memang berubah-ubah. Boleh menjadi semakin elok apabila semakin bersih kerana dijaga dengan betul. Tetapi, bergantung kepada persekitaran, suhu dan cuaca juga. Mungkin inilah antara perubahan positif kulit dalam proses pemulihan yang saya alami:

DARIPADA: kulit yang kering terhidrasi jadi pengeluaran minyak lagi banyak dan tak normal 

KEPADA: kulit yang hampir normal iaitu minyak di bahagian zone-T seperti kebanyakan wanita normal dan tidaklah kering lagi di mana-mana bahagian muka.

P/S: Genap 3 bulan, jerawat masih ada, tapi dah berkurang berbanding bulan pertama dan kedua penggunaan Mary Kay. Tetapi masih ada jerawat baru iaitu jerawat kecil-kecil yang tiada pori/mata tu dah jadi pustula atau bernanah/bermata. Moga-moga ia petanda untuk cepat baik. Mungkin proses penyingkiran dalam **healing crisis dah nak berakhir kot....insyaAllah. Dah boleh guna Skinvigorate Brush! Yeay!

SAYA SUKA! SAYA SUKA!

...KEEP CALM AND CARRY ON....


How to wash face without facial cleanser

WE SHOULD NEVER WASH OUR FACE TOO OFTEN. Really?

We wash our face several times daily. But we are advised to wash face using our facial cleanser/soap only TWICE daily, presumably in the morning and at night.  So what happens during the gap between morning and night? We have to wash our face for many reasons! Sometimes it unexpectedly gets dirty or something. For muslims, they  automatically have to wash their face during ablution prior to performing a prayer, 5 times a day. So here is what you need to do! Do exactly like what you do when you detoxify your face.


 You may need:
-Facial Cloth 
-Tap water

That’s all! Use only clean water! Don’t use any washing gels/cleansers/soap. Wipe your face with wet facial cloth to get rid of excessive residues such as natural oil and dirt.


I am using Mary Kay Disposable Facial Cloth (RM11.00).  There are 30 big sheets of cloth in a bag, but I cut into 480 pieces of small facial cloth. Meaning, 1 sheet is cut into 16 small pieces. Each small facial cloth only costs me about 2 cents and I use 5 pieces per day. So I spend about 10 cents every day for facial cloth. One bag of my Disposable Facial Cloth normally lasts for 3 months, at only RM11.00. Very cheap! 
If you don't have this facial cloth, you can always use any type of baby wipes, preferably the one for sensitive skin. BUT you need to wash its liquid away with a lot of running water, then only you can use it! I always use Pureen Baby Wipes which only costs me about RM5.00++ for 80 sheets.


If you are using makeup, make sure to clean your face well. Remember, since you are only using WATER to clean your face, it is very difficult to get rid of makeup applied. Again, wet your Facial Cloth with water to remove your makeup. You have no choice but to use a makeup remover. But after that, wash your face right away with a lot of water.

Remember that some makeup remover contains alcohol which may dry out your skin. Avoid using makeup remover which contains alcohol. You can use good makeup remover such as Neutrogena Oil-free Eye Makeup Remover (RM58) or Mary Kay Oil-free Eye Makeup Remover (RM68 110ml) if you want. Both are oil-free and alcohol-free.


After throughly washing your face,  pat dry well using clean towel or facial tissue. I always use two pieces of facial tissue to pat dry my face after washing. Then you can use an alcohol-free toner if you have. Finally, apply your oil-free moisturiser.

That's it!!!

Pimples which are NOT ACNE on my face

There are two other types of pimples which are not acne on my face. They look almost exactly like acne pimples. They are bumps or swollen pimples on my face, but NOT acne, for example:

1- Folliculitis 

I sometimes get this folliculitis pimples on my face and certain parts of my body. Normally, I just get ONE folliculitis pimple at one time just like in Picture 2. It is when your follicle (wherever hair grows) get clogged with bacteria interference, and it becomes swollen and normally has a pointy pus head (kepala nanah). This happens after you shave or just any bacteria infection from your clothes and stuff. 


My doctor will prescribe a mupirocin ointment called Supirocin. I always use this brand. My sister is a pharmacist so I always ask her to get me the ointment whenever necessary as I already got the prescription from my doctor.  It is not an over-the-counter-drug. Mupirocin is a type of antibiotics so it is not freely sold at any pharmacies.

This folliculitis often appears once in a while. My doctor said it is because I have a very sensitive skin or sometimes due to unhygienic reasons. We are human beings and we ourselves are dirt, as my doctor always says! LOL. So I don’t worry much about this, as long as I apply this ointment as soon as the bump appears exactly where each strain of hair grows. After 2-3 days, it will be all gone.

2-Milia seeds

Milia seeds are also known as oil seeds. These seeds often appears near your eye area. Sometimes they can be counted, but if worse, they appear too many that you cannot even count them all! My condition is not that bad. I only have two to three milia seeds under my right eye, literally on my eye bag. I started to have one milia seed in 2016. Later, I got two more oil seeds next to the previous one. But in early June 2017, my first milia seed disappeared.


These milia seeds appear due to our unbalanced diet such as high cholesterol intake (e.g.: oily food). That's why they are also called cholesterol seeds. So, in order to reduce the amount of these seeds around our eyes, we have to eat healthy and nutritious food. Well, as they say, to reduce the cholesterol level in our body, we  are suggested to drink Anlene milk every day!

Milia seeds can also appear around our eyes if we don't wash our face properly especially when we are actually leaving some invisible makeup residue on our face. FYI, I am currently using Mary Kay as my skincare regimen, starting from 27 April 2017. They claim that if we wash our face correctly using their skincare and always remove our makeup clearly using the Mary Kay Oil-free Eye Make up Remover (RM68.00), we can control and discard oil seeds.

Well, I am not sure. But all I can say is one of my three oil seeds has disappeared. It had been there for more than a year…LOL. Please note that I have been consuming Dianz Vitamin C & E plus too, one month even before using Mary Kay. Some say this product can cure oil seed problem too. I have been taking this vitamin since 28 March 2017.

So??? Now I don’t know whether Mary Kay or Dianz has technically helped me. But religiously, GOD The Al-Mighty did....Hahahahahaha.


If you are interested in buying Dianz Vitamin C & E plus, you can contact this cute girl, Nadia. I always purchase this product from her and get free gifts. OR you can let me know then I will give her contact number.

Happy trying!


Source of information:
www.healthline.com
www.maskeralami.net
http://jaitun.blogspot.com
http://jerawatsih.blogspot.my

Princess Jasmine Doodle


This has been requested by Meutia who loves Jasmine.
I hope you like it.

Disney Princess Jasmine

INSPIRATION:
The making of this doodle was inspired by the Barbie Princess Jasmine
which I bought for my niece last year
at a charity shop in West Midlands, UK.
It was only about GBP1.00 if I am not mistaken, very cheap.
It is still in a very good condition though,
for a toy...yeah.

Another one is the Jasmine figurine from
my Disneyland Paris haul.

But now...there's no more Jasmine Barbie doll.
I turned her into Moana upon my niece's request.
She wanted a Moana doll so much.
Very difficult to find at a very cheap price (of course).
Well, Moana doll is not as famous as Elsa Frozen, I think.
So I decided to make one myself.
This is still in the making, really.
I am not quite done with the skirt.
I will continue to do this as soon as I buy the material
for the skirt.
You can refer to this link soon for a full enty.  coming soon

Bye now!!!!

Cinderella Snow White Belle doodles


Feel free to grab these doodles
from Niedoodle Disney Princess Collection.
Don't forget to leave your comments as usual.
Many more to come, so stay tuned!

Cinderella, my favourite.

Belle, the most gracious.

Snow White, the fairest among all.


THE MAKING OF Diary.Nie's Disney Princess Collection DOODLES :










Bye now!

All types of acne on my face

Tekan sini untuk versi Bahasa Melayu

Hi everyone! Today I am going to talk about TYPES OF ACNE, by giving the real examples from no other but MY FACE. I started to welcome all sorts of acne pimples during my healing crisis after I used Mary Kay skincare on 27/3/2017 (refer this link for more information). I haven’t had these so many acne pimples for ages. This is, as they say, a part of healing process which I have to endure for I don’t know how long. I hope it won’t last longer than 4 months. My beauty consultant suggested that I have to bear with this healing crisis and be patient. The product is now healing my face so I just need to relax and let Mary Kay works hard.

Types of acne on my face

NONINFLAMATORY ACNE

-Whiteheads

Alright. Let’s start with the first and most famous type of acne which is whiteheads. The name itself is white, so that’s the colour, normally. It is also known as closed comodones. Whiteheads are formed because my pores get clogged by excessive sebum and dead skin cells. There is no open pore on each whitehead even I look closely on it (through the mirror of course…LOL). It is simply a small protruding bump on your skin.

Whiteheads come in many sizes, I believe. I previous thought that whiteheads are the ones on my nose, over my nose area and all over my lips to the chin. But the bigger ones on my cheek are also whiteheads. They are also from the closed comodones family, which are clogged without visible open pores.


The small whiteheads are easy to pinch out the clogged sebum inside. You can use an acne tool which is also known as a comodone extractor. BUT, the big whiteheads are not as easy as that! I tried to pinch two of my big whiteheads near my chin, the sebum was out by forced. The next morning, both whiteheads which are next to each other were joined and got swollen. They turned into one huge and painful pimple! Please refer to the following pictures.

-Blackheads

This type of acne was so famous on my face in high school. I don’t have so many blackheads recently after I started using Mary Kay. That’s the only good thing I can say so far, regardless new big pimples keep appearing! So these blackheads are also called open comodones.  Each blackhead is also formed because of my pore is clogged by excessive sebum (you call it oil or blemish) and those ungrateful dead skin cells. However, each pore remains open as you can see the clogged sebum and dead cells turn into black inside the pore or even follicle. This is why you call it a blackhead. The blackheads can be easily pinched by a facial tool to get the ‘black stuff’ out.

INFLAMATORY ACNE

This type of acne is very common to lots of people. This type of acne pimple is normally red and swollen. It can be itchy, painful, feeling-nothing or all of those characteristics. Unlike whiteheads and blackheads which are caused by clogged sebum and dead skins, inflammatory pimples are extendedly caused by the bacteria interference. There are four types of inflammatory pimples as follows:

-Papules
Papules on my face are the ones of those reddish or pinkish little bumps. They are clogged pores which get worse inflammation. That is why the colour turns red or pink because it hurts the skin. These pimples are easy to deal because they can be concealed by my foundation of cc cream. I have a Mary Kay CC cream with SPF15 with me. I think it works well to cover this type of acne. ONLY this type!!!!!!


-Pustules
Pustules are so famous on my face. I got more pustules during healing crisis of using Mary Kay skincare. Pustules are the swollen and red pimples with visible pus. The pus can either be yellow or creamy white. I think this type of acne is the worst when the pus pops while cleansing my face. I hate it. I have to wipe the blood overtime as it keeps coming for a while. You can imagine that right? So, to go out, I use foundation instead of cc cream to cover this type of acne. I need more coverage because cc cream is usually lighter than foundation coverage. I have with me Mary Kay Foundation Matte-wear. Well, I don’t know. Yes, it covers the pimple but not the bumps, indeed.


-Nodules
This type of acne starts deep underneath my skin. It is a swollen pimple which gets further irritation and bigger. They say, we cannot treat this type of acne pimple at home. Yes, I agree. I’ve tried many types of traditional methods but didn’t work. Well, it is either ‘DID NOT WORK’ or ‘WORKED VERY SLOWLY’. I also tried benzoil peroxide (5% OXY) but didn’t work either.

So I normally let a nodule pimple heal itself, while applying benzoil peroxide overnight. After 2 weeks, the size is normally reduced but the redness is still visible. So it may take another 2 weeks to clearly discard the visible bump. This acne leaves dark spot on my face. I once tried to apply BIO-OIL later on, but this acne was activated once more. It took another one week to heal. So now I don’t use Bio-oil on my face anymore. It doesn’t work well with my face skin.

-Cysts
This type of acne is the largest among all inflammatory acne. The most painful one, to me. It is said that the clogged sebum and bacterial infection happen at the deepest skin, as compared to others. It is even lower than nodules, hence becomes worse. Based on my experience, cysts type of acne leaves scar on my face.


There are also some other types of pimples on my face which are not acne. They are also bumps or swollen pimples on my face, but NOT acne, for example:

-Folliculitis 
-Milia seeds (oil seeds)

You may click on this link (will be posted on 14/7/2017) to go to my next post about folliculitis and milia seeds, if you are interested.

Bye now!!!

Source of information:
www.healthline.com
www.maskeralami.net
http://jaitun.blogspot.com
http://jerawatsih.blogspot.my

Jenis-jenis jerawat di muka

Click here for English version

Hai semua! Hari ni saya nak cerita tentang jenis-jenis jerawat akne, dengan contoh yang ada kat muka sendiri je. Terpaksa bertebal muka tak malu demi perkongsian ilmu. Saya mula jumpa balik segala jenis jerawat akne ni sejak guna Mary Kay mulai 27 April lalu (Boleh rujuk entry yang lepas). Sekarang saya masih dalam proses penyembuhan (healing process/crisis). Sebab tu la katanya, keluar segala spesies jerawat macam ni. Harap-harap proses keluar abis jerawat ni berhentilah. Kena sabar dan teruskan.


Jerawat akne terbahagi kepada dua kategori utama iaitu JERAWAT TANPA RADANG dan JERAWAT RADANG. Semua jenis jerawat yang saya nak cerita kejap lagi boleh berevolusi. Macam kalau main game, orang kata upgrade level la. Powernya makin hebat gitu. Daripada jerawat jenis tanpa radang, upgrade jadi jenis radang.

Jenis-jenis jerawat akne kat muka saya

JERAWAT TANPA RADANG

1-Jerawat pasir (Komedo putih/tertutup)

Ni memang paling famous la kat muka saya. Jerawat pasir ni namanya pun pasir. So jenis halus la tu. Tapi terbahagi kepada dua sebenarnya. Ada jerawat pasir halus dan jerawat pasir kasar. Macam gula juga la. Jerawat pasir ni dalam bahasa omputihnya dikenali sebagai whiteheads atau closed comodones. Maknanya jerawat yang jenis tertutup porinya. Jerawat jenis ni terjadi kerana minyak berlebihan (sebum) keluar dari liang pori tu dan tersumbat bersama-sama sel kulit mati dalam pori yang tak tertutup.


Jerawat pasir yang halus tu selalu saya jumpa kat kawasan hidung, bibir dan dagu. Jerawat pasir halus ni senang picit kan guna alat picit jerawat macam pencabut bulu kening tu…hehehe. Sebab dia kecik dan bila paksa pun, akan keluar juga sebum kat dalam tu melalui lubang pori yang tertutup tadi tanpa menyebabkan radang. Tapi kalau guna kuku yang ada kuman, kadang-kadang akan meradang juga.

Jerawat pasir kasar pula saya jumpa di seluruh muka. Sekarang ni memang penuh pipi la, rasa nak nanges. Jerawat pasir kasar ni tak boleh picit. Dia tak macam jerawat pasit halus. Lubang porinya kan memamg tertutup. Jadi kalau dipaksa picit keluar, memang jadi radang la. Dia bertukar kuasa menjadi jerawat jenis radang. Saya dah cuba picit dua ketul jerawat pasir kasar yang berjiran di kawasan dagu. Esoknya, diorang ni bergabung kuasa jadi seketul jerawat merah dan besar. Boleh rujuk gambar. Sampai sekarang dah sebulan duk ada lagi benjol kat situ. Penyesalan yang tidak bertepian…uhuk..uhuk.

2-Jerawat hitam (Komedo hitam/terbuka)

Ni yang kita panggil blackheads tu la. Benda alah ni femes kat muka masa sekolah menengah. Komedo hitam ni terkenal sebagai komedo terbuka iaitu jerawat pasir terbuka. Maknanya, macam jerawat pasir putih juga, dia terjadi sebab sebum dan kulit mati tersumbat dalam pori. Tetapi bezanya, pori dia terbuka. Maka kita boleh nampak la kekotoran kat dalam yang menghitam. Jerawat hitam ni rasanya pernah jumpa mana-mana aje kat muka. Kat kawasan hidung tu biasalah. Tapi pernah jumpa aje kat pipi. Cuma sekarang saya dah tak de lansung jerawat hitam ni sejak pasai Mary Kay, walaupun jerawat besar-besar duk naik lagi tak berhenti. Wah, ada juga benda baik sejak guna Mary Kay rupanya! Hahahaha…..betul la. Kena sabar. Baru nak masuk dua bulan je pun. Harap-harap healing crisis ni tak lama la…huhuhu.

JERAWAT RADANG

Jenis ni memang paling femes la naik kt muka orang. Biasanya benjolan merah dan bengkak. Kadang-kadang sakit, gatal ataupun tak de rasa apa-apa. Jerawat radang ni terjadi sebab kuman dan bakteria yang menyibuk dan menyerang pori kita yang tersumbat dengan sebum dan sel kulit mati tadi. Ada empat jenis jerawat radang ni:

1-Papules

Papules ni adalah jerawat biasa yang timbul kat kulit warna merah atau merah jambu tu. Jerawat ni terjadi sebab sebum dan sel kulit mati tersumbat juga, tapi jadi lagi teruk dan sakit sikit sebab tu warna jadi merah. Jerawat radang jenis papules ni bagi saya biasa lagi la sebab boleh tutup cela guna alas bedak (foundation) atau cc cream aje kan. Saya ada beli Mary Kay CC cream with SPF15. Sangat bagus la untuk tutup jerawat jenis ni. Tapi jerawat papules aje la!!!! Adoi…nak nanges. Tapi saya jarang guna cc cream ni sebab dalam proses penyembuhan, katanya tak elok guna krim muka yang mengandungi SPF. Saya memang dah lama tak keluar rumah, jadi memang tak mekap la kat rumah.


2-Pustules
Pustules ni pun femes juga kat muka saya sekarang daam proses penyembuhan ni. Adoi…nak nanges. Dia macam papules juga, tapi power level dia dah upgrade sikit jadi ada nanah yang sangat ketara. Biasanya sesetengah orang perempuan naik jerawat jenis pustules ni waktu datang bulan. Nanah tu ada kuning, ada putih…ikut kreativiti jerawat tu la. Saya paling tak suka jerawat jenis pustules ni la! Bayangkan nak basuh muka kena amat berhati-hati. Kalau pecah, keluar darah. Nak kena lap selalu sampailah darah kering. Lagi satu, jerawat jenis pustules ni benjol dia memang ketara walaupun kecik ke besar ke. Memang kena tutup cela guna alas bedak (foundation) yang tebal. Guna cc cream memang tak makan saman jerawat ni. Saya beli juga Mary Kay Foundation Matte-wear untuk kulit berminyak tu. Entahlah, memang baguslah untuk tutup warna jerawat ni tapi benjolan tu memang tak boleh nak tolong la…hahaha.


3-Nodules
Nodules ni pula kuasa dia lagi up daripada dua ketul papules dan pustules tadi. Jerawat batu la orang kata kan. Jerawat jenis nodules ni terhasil kat dalam kulit. Macam biasala, mana-mana jerawat pun terjadi sebab sebum dan kulit mati tersumbat dalam pori. Tapi yang ni jadi lagi teruk sebab kuman pergi serang kat situ dan meradang kat dalam pori tu. Benjol dia lagi besar dari popules. Sakit dia usah cakap la. Bergantung pada serangan kuman la…hehe. Katanya, jerawat ni tak de penawar tradisional kat rumah. Kena guna benzoil peroxide untuk matikan kuman kat dalam. Saya guna jenama ‘Regular Strength 5% OXY’ tu RM12.90, tapi tak menjadi pun. Ataupun lambat sangat dan saya yang cepat mengalah. Seminggu juga guna, ada juga tersengih lagi jerawat tu tak surut sikit pun. Tapi malas nak guna yang ‘Maximum Strength 10% OXY’ tu sebab malas beli. Pernah tempek campuran kayu manis cayenne dan madu mentah asli tiap-tiap malam selama 3 hari tapi tak jalan juga. Sebab malas dah buat hari keempat..hehe. Pasrah. 
Jadi biasanya, saya biar aje la jerawat ni, sambal-sambil sapu benzoil peroxide tadi malam-malam kalau rajin. Biasanya malas. Tapi sekarang ni saya ikut rutin biasa Mary Kay aje la dengan sapu Oil-free Hydrating Gel (OFHG) sebagai moisturizer. Memang selama 24jam ada kat muka saya buat masa ni. Bila hilang ke tersapu ke saya letak semula seluruh muka. Memang saya tak jimat la sekarang ni. Guna OFHG ni tak sampai sebulan pun lagi. Jadi tak tahu la keberkesanannya lagi. Katanya boleh kecutkan jerawat. Tak pe la daripada letak benzoil peroxide pun tak surut-surut jugak.

Dengan kata lain, saya biarkan aje la jerawat jenis nodules ni. Suka hati engkau la! Sebab biasanya selepas dua minggu, saiz dia surut la walaupun merah tu masih ada. Pastu, dia ambik masa dua minggu lagi untuk hilang betul-betul dan tinggalkan parut gelap ke ungu. Saya pernah cuba Bio-oil letak kat jerawat nodules yang dah sembuh. Esoknya jerawat naik balik. Lepas tu saya tak guna dah la Bio-oil kat muka. Mungkin tak sesuai ngan kulit muka saya sebab minyak lagi tersumbat.

4-Cysts
Jerawat jenis cysts ni pula memang jerawat batu paling besar la orang kata. Paling sakit juga bagi saya la. Jerawat jenis cysts ni terbentuk lagi dalam lagi daripada jerawat batu nodules. Jerawat ni pun terjadi sebab pembiakan kuman dan bakteria dalam liang pori yang tersumbat. Cuma yang ni susah nak sembuh atau diubati melalui luaran kerana dia duk dalam lapisan kulit yang dalam. Biasanya memang parut pun hebat juga yang ni. Saya layan yang ni sama aje macam jerawat nodules. Pandai-pandai engkau la sembuh cepat-cepat sendiri!


Sebenarnya ada lagi beberapa jenis jerawat yang bukan akne. Selalu disalah anggap sebagai jerawat akne. Diorang ni rupanya lebih kurang sama aje ngan jerawat biasa, contohnya:

-Folliculitis 
-Milia/oil seeds (biji minyak)

Korang boleh klik kat link ni kalau nak tahu pasal dua benda alah ni kalau berminat.

Jumpa lagi!!!

Source of information:
www.healthline.com
www.maskeralami.net
http://jaitun.blogspot.com
http://jerawatsih.blogspot.my