Healing Crisis

APA ITU HEALING CRISIS / HEALING PROCESS? Benda ni selalu disebut-sebut oleh pengguna produk makanan tambahan dan produk penjagaan kulit. Dulu saya tak tahu pun, untuk produk kecantikan kulit pun ada 'healing crisis' juga ya! Sejak saya guna Mary Kay pada 27 April 2017 , muka saya mula naik jerawat batu dan makin teruk, baru la saya mula google pasal benda ni. Baru saya faham.


Dalam konteks penggunaan produk kecantikan wajah botanik, HEALING PROCESS adalah krisis pemulihan atau dikenali sebagai proses penyembuhan dalam Bahasa Melayu. Proses ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :

(RELEASE) - (RELAX) - (REVIVE) - (RENEW)

RELEASE (singkir- semua toksin keluar melalui jerawat)
RELAX (Rehat - kulit mula rehat katanya sebab dah letih buang toksin)
REVIVE (Pulih - sel-sel kulit  yang rosak dan mati mula dibaiki)
RENEW (Ganti - sel-sel kulit yang baru akan muncul)

Semua peringkat ini bergantung kepada individu. Katanya kalau kulit dah rosak, lama la. Sebab setiap sel kulit baru diganti setiap 28 hari atau sebulan paling kurang. Bergantung kepada umur juga. Bayi pun 14 hari untuk diganti sel kulit baru. Saya yang dah tua nak masuk 30 ni macam mana? Pasrah!

Satu lagi, smua ni kerja Tuhan, kita tak tahu...hehehe. Kalau DIA perkenankan, cepatlah. Kalau DIA lambatkan, lambatkan...macam saya ni lambat...waaaaa!!! InsyaAllah ada la hikmahnya.

Kalau selepas guna produk kecantikan botanik tu, tiada apa-apa perubahan atau jadi semakin teruk (macam saya alami) katanya itu NORMAL. Tempoh paling lama healing crisis ni adalah 4 bulan hingga ke 6 bulan untuk melengkapkan semua proses di atas. Alamak, lamanya!! Sebab saya baca lagi ada yang kata setahun. Adoi, sabar je la weiiii. Harap-harap saya ni tak lama la ye.

Bye!

No comments: